Sunday, October 25, 2009

**counting days**

Harini merupakan due date untuk hantar project Visual Arts. Nasib baik la group members tu sumanya berbakat seni, kalo aku sorang2, dah lama p cari kat central market je..sbb aku mmg buta seni sikit..mlas nak renyah2 ni.Eh,silap..nak cita bab lain sbnrnya..lepas stgh hari ke kelas,balik je rumah sewa, selak calendar nak kira brapa hari lg sebelum my wedding day..Dusshh..terkejut sgt bila lepas kira2 (dua tiga kali kira jugak,sbb aku maths pon kdg2 kantoi)..hanya tinggal 39hari lg je. Tolak makan,tidur, exam,naik bas p balik,dah tinggal dalam kurang sebulan jer..cuak giller ni. Cepat2 capai whiteboard kecik aku (yg slalu dok tulis hutang Alphalipid) then aku list out benda2 nak kena wat before wedding..Mak ai..panjang benor list,sampai xmuat whiteboard tue..adoi.. cmana ni,exam dahla berapa hari je lagi..mau xmau kena balik jugak tis week sbb study week. So, study week aku bakal dipenuhi dgn aktiviti2 untuk persiapan kahwinlah nampaknya..Tp xpelah, kahwin seumur hidup skali je..exam dah bnyak kali (hahaha..dun quote me okai). Antara benda2 penting dalam checklist aku tu adalah nak p cari org buat gubahan hantaran, nak p try baju pengantin n decide pelamin, nak p jupa photographer n bncg harga, nak p beli cincin akad nikah, nak beli brg spt doorgift n paperbags dan bnyak la lagi..rasa macam nak meletup je kepala bila pikir,tp kan sbnrnya my positive side said that i can do it..bguskan bila ada positive side, xla selalu sgt negative side boleh menang..So, skrg ni bila dah ada checklist barulah ada guideline sikit nak wat apa.sbnrnya i shud make this list earlier kan?tp better late than never kan..Erm,nnt aku listkan plak brg2 hntaran dh dibeli..nak letak gambar,tp suma brg2 tu kat rumah di kedah..so,kena tggu next week la kowt baru boleh letak gambar..INSYALLAH.

Saturday, October 24, 2009

souvenir for wedding guests

Erm..walaupun hari ni hari sabtu, tp still ada kelas ganti untuk subject "teaching writing." Luckily, kitorg dah pon selamat abiskan semua microteaching tadi.Lepas abis je kelas, trus ke Tong Hup sbb nak bali brg2 untuk project visual arts la pulak..(kerje xpenah2 abis rasanya). Time kat Tong Hup tu, sempat gak makan rojak tonggek..hehehe..(sbb kene makan berdiri kat tepi jalan raya). Then, gerak ke Jalan Bunga Raya untuk cari benang bulu kambing. Smpai je situ, ktorg trus pekena mee rebus n rojak mamak kat simpang jalan tu..punyala lapar sampai xsempat berkata2. trus makan sampai xingat dunia..Pastu baru jalan2 tgk kedai..fullamak,best giler kedai2 kat situ sbb bnyak kedai jual bunga,gubahan hntaran,souvenier dan serba mak nenek lagi. Aku pon survey la kot2 ada brg2 yg berkenan (mmg bnyak yg best2 tp harga xbest sgtla,sbb agak mahal..)Yg plg aku bekenan ialah jewelery box made of bamboo..comey sgt..n lg satu coin purse design batik... Souvenir yg aku pilih ni untuk kwn2 yg dtg dari jauh,n kwn2 parents yg snggup dtg kenduri aku tu wlaupun hari selasa..(huhuhu..)So, skrg bujet untuk souvenir tu dlm RM1-RM1.50 sbb nak beli dalam 500pcs.Yg jewelery box tu hrga RM2.10/pc n coin purse tu pulak RM1.30/pc.Tapi nak kene survey lg,sbb rasa kat Bukit Kayu Hitam atau Nilai mesti boleh dapat dgn harga lagi best kan..Well,ada masa lg rasanya..Insyallah..mggu depan ni nak balik rumah n ajak mama p survey trus souvenir n paperbag skali..Nak tahu my decision for this thing??mesti nak tahu korang dapat apa kan kalau dtg kenduri nnt..Tgguuuu..The best yet to come..

Friday, October 23, 2009

realiti vs fantasi

Salam..dah seminggu lebih buat blog ni,tp hari ni baru ada strength skit nak tulis,sbbnya aku bukanlah seorang yang suka sngat berkongsi my thought or feelings.Tapi, bila tgk membe2 n housemates yg ada blog,teringin jugak nak ada satu..hehehe! Erm,obviously skrg..sangat bz skrg dengan study n persiapan kahwin (ada masa lg nak blogging 0-0)..cakap tentang kahwin ni kan. dulu time skolah, teringin sangat nak ada perfect wedding (so sweeett), mcm dalam filem2 English tue..tp bila dah besar sikit ni still lg teringin nak adakan perfect wedding tp "perfect" tu sebnarnya xla macam dalam filem (as long as it goes wif my plan)..Nasib baik tunang xkisah sgt,dia jenis up to you my lady..hehehe.Well,so far kad kahwin dah pon siap,hantaran dah hampir complete (except for jeweleries (nak tggu raya haji), dan mak andam dah booking (including my dress) tp blum finalize lg fitting (dah kurus skit sjak nak naik pelamin ni tau)..Dah 60percent la persiapan..skrg ni nak focus study dulu sbb exam just around the corner..lepas exam baru nak shift to gear 5 and buat persiapan sesiap-siapnya.Insyallah.moga2 semuanya berjalan lancar.oklah..nnt kita cita lg bab ni ok..

Monday, October 19, 2009

Martabat Seorang Wanita Islam

Dipetik daripada Bayan Masturat Oleh Syed Ahmad Khan; Januari 1992.

Hadis nabi mengenai wanita.

Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki.. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

Nilai Seorang wanita solehah

Dibawah ini adalah beberapa petikan hadis yang menyatakan mengenai kelebihan wanita solehah, mudah-mudahan dengan membaca dan menghayati hadis ini akan memberi kekuatan kepada kita untuk mengamalkan Islam dalam erti kata yang sebenarnya. Insya - ALLAH.

"Empat jenis, siapa yang diberi akan keempat - empat jenis ini beerti dia telah memperolehi sebaik - baik dunia dan akhirat. Iaitu hati yang selalu bersyukur, lidah yang sentiasa berzikir, jiwa yang selalu sabar dengan cubaan dan isteri yang tidak melakukan dosa dan menzalimi suaminya". Ath-Thabrani.

"Tidak perlu lagi seorang mukmin setelah ianya bertakwa kepada ALLAH akan sebaik - baik keperluan baginya selain dari isteri yang solehah. Jika ia menyuruh isteri mentaatinya. Dan jika dia melihat kepada isterinya, isterinya menyukakan hatinya. Dan jika dia menyumpah memarahi isterinya, isterinya tetap juga berbuat baik kepada suaminya. Dan jika suaminya tiada dirumah dia menyimpan rahsia dan harta suaminya". Ibnu-majah.

"Janganlah kamu mengahwini wanita kerana paras rupa yang cantik, mungkin paras rupa itu membawa kehancuran, jangan kamu kahwini wanita kerana hartanya kerana berkemungkinan harta itu membawa kepada kezaliman. Tetapi kahwinlah wanita kerana agamanya, seorang wanita hamba yang hitam yang menghayati agama sesungguhnya lebih baik". Ibnu - Majah.

Wednesday, October 7, 2009

aStepAhead

Jadual Persekolahan dan Cuti Sekolah Bagi Tahun 2010

Kementerian Pelajaran Malaysia telah memutuskan bahawa Penggal Persekolahan bagi sesi persekolahan tahun 2010 akan bermula pada 3 Januari 2010 dan tamat pada 18 November 2010 bagi sekolah-sekolah Kumpulan A, manakala sekolah-sekolah Kumpulan B akan bermula pada 4 Januari 2010 dan tamat pada 19 November 2010.

Cuti dan Hari Persekolahan


Mula

Akhir

Hari

Hari Persekolahan


4 Januari 2010

12 March

50

Cuti Pertengahan Penggal


13 March

21 March

9

Hari Persekolahan


22 March

4 Jun

55

Cuti Pertengahan Tahun


5 Jun

20 Jun

16

Hari Persekolahan


21 Jun

3 September

55

Cuti Pertengahan Penggal


4 September

12 September

9

Hari Persekolahan


13 September

19 November

50

Cuti Akhir Tahun


20 November

2 Januari 2011

44

Jumlah hari persekolahan termasuk cuti am adalah 210 hari.
Jumlah hari cuti sekolah adalah 78 hari

Jadual di atas adalah untuk sekolah-sekolah di Negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Manakala bagi Negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu bermula satu hari lebih awal daripada tarikh di atas.

PESANAN PENAJA: KEPADA KAWAN2 YG PLAN NAK BERTUNANG, KAWIN, HONEYMOON OR JALAN2 CARI PAKWE.BOLEHLA BOOKING DATE SKRG..HEHEHEHE!