Sunday, October 25, 2009
**counting days**
Saturday, October 24, 2009
souvenir for wedding guests
Friday, October 23, 2009
realiti vs fantasi
Monday, October 19, 2009
Martabat Seorang Wanita Islam
Hadis nabi mengenai wanita.
Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki.. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".
Nilai Seorang wanita solehah
Dibawah ini adalah beberapa petikan hadis yang menyatakan mengenai kelebihan wanita solehah, mudah-mudahan dengan membaca dan menghayati hadis ini akan memberi kekuatan kepada kita untuk mengamalkan Islam dalam erti kata yang sebenarnya. Insya - ALLAH.
"Empat jenis, siapa yang diberi akan keempat - empat jenis ini beerti dia telah memperolehi sebaik - baik dunia dan akhirat. Iaitu hati yang selalu bersyukur, lidah yang sentiasa berzikir, jiwa yang selalu sabar dengan cubaan dan isteri yang tidak melakukan dosa dan menzalimi suaminya". Ath-Thabrani.
"Tidak perlu lagi seorang mukmin setelah ianya bertakwa kepada ALLAH akan sebaik - baik keperluan baginya selain dari isteri yang solehah. Jika ia menyuruh isteri mentaatinya. Dan jika dia melihat kepada isterinya, isterinya menyukakan hatinya. Dan jika dia menyumpah memarahi isterinya, isterinya tetap juga berbuat baik kepada suaminya. Dan jika suaminya tiada dirumah dia menyimpan rahsia dan harta suaminya". Ibnu-majah.
"Janganlah kamu mengahwini wanita kerana paras rupa yang cantik, mungkin paras rupa itu membawa kehancuran, jangan kamu kahwini wanita kerana hartanya kerana berkemungkinan harta itu membawa kepada kezaliman. Tetapi kahwinlah wanita kerana agamanya, seorang wanita hamba yang hitam yang menghayati agama sesungguhnya lebih baik". Ibnu - Majah.
Wednesday, October 7, 2009
aStepAhead
Jadual Persekolahan dan Cuti Sekolah Bagi Tahun 2010
Kementerian Pelajaran Malaysia telah memutuskan bahawa Penggal Persekolahan bagi sesi persekolahan tahun 2010 akan bermula pada 3 Januari 2010 dan tamat pada 18 November 2010 bagi sekolah-sekolah Kumpulan A, manakala sekolah-sekolah Kumpulan B akan bermula pada 4 Januari 2010 dan tamat pada 19 November 2010.
Cuti dan Hari Persekolahan |
| Mula | Akhir | Hari |
Hari Persekolahan |
| 4 Januari 2010 | 12 March | 50 |
Cuti Pertengahan Penggal |
| 13 March | 21 March | 9 |
Hari Persekolahan
|
| 22 March | 4 Jun | 55 |
Cuti Pertengahan Tahun |
| 5 Jun | 20 Jun | 16 |
Hari Persekolahan |
| 21 Jun | 3 September | 55 |
Cuti Pertengahan Penggal |
| 4 September | 12 September | 9 |
Hari Persekolahan |
| 13 September | 19 November | 50 |
Cuti Akhir Tahun |
| 20 November | 2 Januari 2011 | 44 |
Jumlah hari persekolahan termasuk cuti am adalah 210 hari.
Jumlah hari cuti sekolah adalah 78 hari
Jadual di atas adalah untuk sekolah-sekolah di Negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.
Manakala bagi Negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu bermula satu hari lebih awal daripada tarikh di atas.
PESANAN PENAJA: KEPADA KAWAN2 YG PLAN NAK BERTUNANG, KAWIN, HONEYMOON OR JALAN2 CARI PAKWE.BOLEHLA BOOKING DATE SKRG..HEHEHEHE!